Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Jihad perangi rasuah TPM perlu bermula di S'wak

Kerajaan, khususnya timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesti menjadikan Sarawak, negeri keutamaanya jika beliau benar-benar serius mahu memerangi amalan rasuah, kata DAP.

Chong Chieng Jen speaking to reporters in Kuching Mengulas kenyataan Muhyiddin semalam bahawa usaha memerangi amalan rasuah adalah jihad paling utama setiap kerajaan yang berintegriti, setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata terdapat pemimpin negeri yang memiliki tanah yang luas dan akaun bank luar negara mereka kaya dengan tunai.

“Timbalan perdana menteri mesti buktikan kata-katanya. Saya amat gembira menjemputnya ke Sarawak dan jadikan negeri ini misi nombor satu selepas pengumumannya. Siasat pemimpin korup dan sesiapa sahaja.

“Kita mahu lihat tindakan ke atas pemimpin BN yang korup dan saya harap Muhyiddin tidak hanya pandai bercakap,” katanya pada sidang akhbar di Kuching hari ini.

Chong berkata pemimpin BN seperti mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mendakwa mereka akan bertindak tegas memerangi rasuah tetapi tindakan yang benar-benar diambil adalah terlalu kecil.

NONE “Sekarang, kita dengar timbalan perdana menteri pula mengulangi kepentingan memerangi rasuah. Malah beliau ibaratkan memerangi rasuah sebagai jihad,” kata Chong yang juga ahli parlimen Bandar Kuching.

Menurutnya rakyat Sarawak menuntut tindakan lebih tegas ke atas kesalahan jenayah rasuah seperti yang ditunjukkan dengan oleh penduduk bandar yang menyokong DAP kerana parti itu menjadikan anti-rasuah sebagai teras utama kempen pilihan raya negeri mereka yang lalu.

[Baca berita penuh]

ADS