Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Malaysia negara yang amat berinovasi
Diterbitkan:  May 7, 2011 9:10 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Malaysia antara negara yang melaksanakan banyak inovasi bukan saja dalam politik malah dalam bidang saintifik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Malaysia melakukan kaedah berbeza dengan negara lain, dan antara perkara yang ketara ialah semasa menangani krisis kewangan.

ringgit money exchange rate 230507 ringgit dollar "Kami mengambil keputusan sekiranya mengikut dasar Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), hasilnya kami mungkin muflis. Ini adalah cara inovasi kami dalam menangani krisis kewangan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam gala nobel Sweden Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya, menerusi inovasi tersebut, negara boleh mencapai pembangunan serta membawa kebaikan dan manfaat kepada rakyatnya.

putrajaya 120505 admin building "Bagaimanapun, apabila kita memutuskan untuk membina Putrajaya, sudah tentu rakyat membidas orang yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

"Bayangkan jika kita tidak membina Putrajaya, masa perjalanan dari satu pejabat ke pejabat lain di Kuala Lumpur mungkin mengambil masa dua jam.

"Tetapi di Putrajaya, semua pejabat adalah bersebelahan saja," katanya.

Dr Mahathir berkata inovasi dalam teknologi juga membantu negara memupuk hubungan dengan negara lain.

mahathir book launch memoirs 080311 Beliau yakin Malaysia mampu mewujudkan banyak industri pembuatan pada masa depan dan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan kedudukan ekonomi negara.

Majlis jamuan malam itu adalah sebahagian daripada sambutan Hari Inovasi Sweden anjuran Kedutaan Sweden dan Majlis Perdagangan Sweden, dengan kerjasama Unit Inovasi Khas di bawah pejabat Perdana Menteri.

Acara itu bagi meraikan inovasi serta memupuk hubungan yang lebih akrab antara Sweden dan Malaysia.

- Bernama

ADS