Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam usahanya untuk meredakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir buminya di Gebeng, Pahang, syarikat perlombongan gergasi Australia - Lynas Corp - kini beralih kepada media baru, dengan menyiarkan di internet siri temubual video dengan pengurusan atasannya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengkritiknya.

NONE Selepas mewujudkan lamanweb Facebook Mac lalu, Lynas

mewujudkan pula satu saluran online di YouTube hari ini untuk menyebarkan maklumat mengenai usaha-niaganya di Malaysia itu.

"Saluran ini akan memaparkan kepada penonton maklumat dan fakta mengenai Lynas, nadir bumi dan operasinya," demikian menurut tulisan pengenalan di saluran Lynas di YouTube.

Ia juga mengulangi bahawa pengeluaran di Loji Lynas Advanced Material (LAMP) di Gebeng akan bermula seperti yang dijadualkan dalam suku ketiga suku 2011.

Sejumlah sembilan klip video telah dimuat-naikkan, yang terdiri daripada temubual dengan pengerusi eksekutif Lynas Corp, Nick Curtis; ketua pegawai operasi, Eric Noyrez dan naib presiden eksekutif, Matthew James.

Temubual itu mengulangi apa yang telah diterangkan oleh Lynas kepada media sebelum ini, termasuk pengurusan sisa loji tersebut dan mengapa Lynas memilih Malaysia untuk memproses bahan mentah dari lombongnya di Mount Weld, Australia Barat, yang terletak kira-kira 2,500km jauhnya.

Kebanyakan video ini telah dimuat-naik di lamanweb Facebook Lynas hampir dua bulan lalu, tetapi mereka hanya menarik 203 penonton.

[Baca berita penuh]

ADS