Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru anggota parti itu supaya mengukuhkan perpaduan dan menghentikan perbalahan sesama sendiri.

Katanya, Umno pada masa ini masih belum berada dalam keadaan selesa walaupun telah berjaya meraih semula sokongan daripada rakyat.

umno 65th anniversary 110511 leaders and confetti Ini adalah berdasarkan pencapaian yang diperolehi BN dalam siri pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak pada bulan lalu, kata Najib.

"Selagi semboyan belum berbunyi, selama itu kita mesti bekerja lebih kuat lagi... Walau proses transformasi politik berjalan, kita kena mantapkan lagi (usaha)," katanya yang memberi gambaran bahawa pilihan raya umum bakal berlangsung.

Tambahnya, parti itu akan menjadi lebih kuat hari ini sekiranya tiada anggota parti tidak mengamalkan politik berpuak-puak.

"Tapi masih ada lagi soksek-soksek, angkara-angkara, masih ada lagi puak-puak antara kita, jadi kenapa kita tidak ketepikan dan bersatu bawah Umno?," katanya dalam ucapan di satu majlis sambutan ulangtahun ke-65 parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Katanya lagi, pemimpin parti itu kini perlu mengambil sikap rajin untuk berkhidmat dan mendekati rakyat dan bukannya sekadar untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

umno 65th anniversary 110511 najib making doa "Adakah kalau tak jadi calon kita setia pada Umno? Jangan ada orang merajuk. Jangan ada orang pergi luar negeri sebab tidak dipilih jadi calon

"Kalau tak ada lagi, bermaknalah sambutan kita ke-65 tahun. Kita tidak mahu senasib dengan parti lain... Banyak berbudi tetapi akhirnya terkubur.

"Kalau kita setia kepada parti, tahun-tahun depan kita akan sambut dengan negara yang lebih bertuah lagi," katanya lagi.

Dalam majlis yang sama, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada pemikir ternama Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Seorang lagi penerima anugerah itu ialah penyelidik teknologi angkasa lepas terkemuka Prof Datuk Dr Mazlan Othman.

ADS