Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Selidik sebab bukan Islam tak selesa di naungan Islam'
Diterbitkan:  May 12, 2011 5:51 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Sebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE Dalam wawancaranya dengan TV Selangor , Dr Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.

“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam.

“Itu bukan ajaran Islam tapi tafsiran saja. Macam isu (bukan Islam) masuk masjid, bukan Islam tidak boleh membuat senaman dalam kawasan masjid (dan) orang bukan Islam tidak boleh sebut Allah. Ini semua tafsiran-tafsiran yang dibuat orang Islam di Malaysia,” kata Dr Asri.

NONE Beliau juga menolak dakwaan Utusan Malaysia milik Umno kononnya paderi-paderi Kristian bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Malaysia negara Krisitian.

Dr Asri menegaskan semua kaum sepatutnya sudah selesa dengan Islam selepas 50 tahun agama itu diangkat menjadi agama persekutuan Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku.

'Hentikan tafsiran yang dipolitikkan'

“Dalam sejarah Islam orang bukan Islam, Kristian di Syria mereka minta supaya Islam yang menaungi negara mereka. Tapi di negara kita, orang bukan Islam rasa tak selesa… kita kena tanya kenapa mereka tak selesa,” kata Asri.

“Adakah kerana tindakan kita salah? Kefahaman yang kita wujudkan sepatutnya (membuat) rakyat rasa bahagia berada di bawah naungan Islam. Tetapi apabila rakyat bukan Islam rasa tak bahagia di bawah naungan Islam, tentunya ada sesuatu silap dalam penafsiran-penafsiran Islam kita," katanya.

Dap crowds at Miri ceramah 1 Menurut Dr Asri kecelaruan golongan bukan Islam terhadap Islam akan berterusan selagi kerajaan pusat tidak menghentikan amalan memberikan tafsiran yang dipolitikkan.

“Jadi saya fikir bukan soal mempertahankan Islam sebagai agama rasmi itu yang besar sangat, tetapi yang lebih penting bagaimana menterjemahkan Islam dalam erti kata Islam yang sebenarnya yang dapat memberi Islam sebuah imej yang semua orang selesa dan rasa aman berada di bawah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

ADS