Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puad: PAS, Umno banyak persamaan
Diterbitkan:  May 13, 2011 6:18 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Dua parti politik terbesar orang Melayu - Umno dan PAS - mempunyai banyak persamaan terutama dari segi pendidikan, ekonomi dan agama, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Oleh itu, katanya, cadangan untuk mewujudkan perpaduan hasil kerjasama antara dua parti itu tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Dr Puad Zarkashi Katanya, perpaduan rakyat khususnya orang Melayu perlu dilihat dari sudut positif, dan sebab itulah, satu pendekatan terbaik perlu dicari bagi mewujudkan kerjasama antara Umno dan PAS.

Mohd Puad, yang juga timbalan menteri pelajaran, menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya cadangan kerjasama antara Umno dan PAS itu adalah kerana Umno telah lemah.

    

Menurutnya, tidak timbul soal siapa menang siapa kalah atau siapa kuat dan siapa lemah berhubung kerjasama antara Umno dan PAS.

    

"Yang penting dalam hal ini, masing-masing hendaklah iklhas seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Bachok hari ini.

Hadir sama  Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga timbalan menteri kewangan.

- Bernama

ADS