Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

NONE Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful bahawa terdapat penetrasi

zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana

dinyatakan dalam tuduhan. 

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar. 

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah inggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara. 

Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya - menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

azlan Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. 

[Baca berita penuh]

ADS