Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tidak boleh terburu tangani isu agama
Diterbitkan:  May 17, 2011 10:33 PM
Dikemaskini: May 18, 2011 2:49 AM

Kerajaan tidak boleh terburu-buru menangani isu manipulasi agama bagi mengelak berlakunya implikasi yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

    

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam 'permainan jahat' pihak tidak bertanggungjawab.

    

batu talam nominations 170107 hishamuddin hussein "Kerajaan tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu mengikut segala prosedur bagi mengelak implikasi yang lebih besar...kita tidak menghadapi masalah untuk membuat tangkapan tetapi perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut hari ini.

    

Beliau berkata pihaknya perlu berhati-hati kerana tindakan penahanan pihak berkuasa merupakan strategi mereka untuk menimbulkan simpati rakyat.

Dalam sidang media selepas itu, beliau meminta supaya semua pihak tidak terlampau beremosi dalam membincangkan isu mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti diperuntukkan Perlembagaan negara.

Hishammuddin berkata daripada laporan polis yang diterima, setakat ini masih sukar menentukan siapa yang benar atau sebaliknya dalam perkara terbabit.

"Kita hanya akan tahu selepas siasatan polis. Oleh itu jangan kita beremosi dan saya berharap bahangnya dapat kita turunkan termasuk sesama akhbar. Kali ini ia berkaitan Utusan Malaysia , tetapi jangan ingat China Press , Nanyang Siang Pau malah New Straits Times tidak berdepan isu yang sama sebelum ini," katanya.

Terdahulu Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

    

- Bernama

ADS