Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Idris Jala: PEMANDU tak kisah retorik perkauman

Apabila Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan pada Mac 2010, perkara yang paling hangat diperkatakan ialah mengenai dasar tindakan afirmatifnya.

najib tun razak may 2011 Perdana Menteri Najib Abdul Razak mahu tindakan afirmatif

berasaskan kaum, digantikan kepada yang berasaskan keperluan - sekaligus merungkaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berusia 40 tahun.

NGO hak Melayu terus mengecam model tersebut. Semua mata tertumpu kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), dan ketua pegawai eksekutifnya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala terpaksa memikul beban kecaman tersebut.

Sesetengah pihak berkata tindakan berasaskan keperluan itu akan mengabaikan orang Melayu, manakala yang lainnya pula berkata ianya bercanggah dengan artikel 153 yang melindungi hak istimewa orang Melayu.

Manakala sebelah pihak lagi mempersoalkan keikhlasan pentadbiran Najib dalam melaksanakan dasar-dasar tersebut.

NONE Lagi pun, Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang telah digugurkan daripada MEB, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya ekoran 'tekanan politik'.

Walaupun kesannya mungkin tidak dapat dirasai dalam masa

yang singkat, tetapi kata Idris, tindakan afirmatif berasaskan kaum kini semakin dikesampingkan.

Dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini dengan Malaysiakini, bekas tokoh korporat yang sebelum ini menerajui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Shell Malaysia, berkata dasar-dasar semasa kerajaan kini semakin berasaskan merit.

[Baca berita penuh]

ADS