Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mintalah mana-mana ahli politik Malaysia untuk menangani isu sensitif berkaitan agama, maka kebanyakan mereka akan mengelak.

Tetapi bila tercetus isu berhubung Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang mengancam menimbulkan ketegangan antara orang Kristian dan

orang Islam, ramai yang agak terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala dipilih untuk menyelesaikan kebuntuan tersebut.

NONE Ianya menarik perhatian ramai memandangkan Idris bukan seorang ahli politik. Malah ada yang mempersoalkan keupayaannya untuk

menangani isu tersebut, terutama memandang beliau dilantik menganggotai kabinet untuk meneraju Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), dan selaku 'menteri tanpa portfolio'.

Dalam bahagian terakhir temubual eksklusif ini, Idris menceritakan kepada Malaysiakini tentang bagaimana beliau diminta oleh Perdana

Menteri Najib Abdul Razak untuk menangani isu Alkitab.

Sebagai seorang anggota terkemuka sidang Injil Borneo - satu aliran evangelis berpengaruh di Sabah dan Sarawak - cerita-cerita beliau mengetuai satu 'pemulihan' di tempat kelahirannya di Bario, ketika masih remaja, menjadi kisah legenda di bandar tersebut.

'Hanya saya saja yang tinggal'

Tetapi faktor utama beliau bukan seorang ahli parti politik telah mendorong Najib memberi kepercayaan kepadanya untuk

menjadi jurucakap dalam menangani isu Alkitab, walaupun ada menteri beragama Kristian seperti Datuk Maximus Ongkili and Tan Sri Bernard Dompok.

"PM sebenarnya mahu seseorang yang tidak memihak dan juga seorang penganut Kristian. Jadi apabila kami mencari orang yang bukan ahli mana-mana parti dan juga seorang penganut Kristian, maka hanya saya yang tinggal. Saya faham Kitab Injil dan saya boleh bercakap mengenai Kitab Injil," katanya.

NONE Dan begitulah bagaimana penyelesaian '10 perkara' dicapai - yang

juga dikenali sebagai 'Formula Idris Jala' - tetapi beliau menegaskan bahawa ianya adalah kata sepakat dan keputusan kabinet sepenuhnya.

Isu Kitab Injil dalam bahasa Melayu tercetus Mac lalu apabila kumpulan gereja membuat rayuan terbuka kepada kerajaan supaya melepaskan 35,000 nashkah Alkitab yang dirampas.

Kumpulan 5,000 nashkah dirampas dan disimpan di Pelabuhan Klang pada Mac 2009, manakala 30,000 nashkah lagi ditahan di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kuching.

Penjelasan kerajaan ketika itu ialah nashkah terbabit melanggar arahan kabinet pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan istilah 'Allah', 'Solat', 'Kiblat' dan 'Kaabah'.

[Baca berita penuh]

ADS