Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa luah tak puas hati pada UM
Diterbitkan:  May 26, 2011 12:50 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Seramai enam pelajar lepas daripada tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) setelah dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.

Lima mahasiswa dibebaskan kerana kesalahannya tidak dapat dibuktikan manakala seorang digugurkan pertuduhan kerana tamat pengajian dan bukan lagi menjadi penuntut universiti itu.

NONE Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin pelajar yang didakwa Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dua orang lagi didenda RM200 dan diberikan amaran keras manakala sembilan didapati bersalah dan diberikan amaran.

Perbicaraan kes itu berlangsung semalam daripada jam 2 petang sehingga menjelang malam.

Walaupun perbicaraan telah selesai dan jawatankuasa tatetertib universiti telah membuat keputusan, keputusan itu nampaknya belum memuaskan hari Izzuddin Hilmi.

Beliau yang juga setiausaha perkumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempersoalkan perjalanan kes tersebut sama ada pihak universiti cuma berniat "memperkenalkan mereka kepada pihak umum" semata-mata.

Izzuddin Hilmi juga mempersoalkan perjalanan prosiding itu yang didakwanya penuh tanda-tanya.

Bagaimanapun, Izuddin Hilmi berkata beliau tidak kisah dengan keputusan itu kerana ia tidak menjejaskan statusnya sebagai seorang mahasiswa.

"Saya juga boleh mendapat ijazah seperti pelajar biasa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

ADS