Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tindakan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden PAS hingga ke saat-saat akhir mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Ini kerana, seramai 13 lagi yang dicalonkan telah membuat keputusan sama ada untuk bertanding atau menolak hasrat daripada 146 kawasan PAS itu.

azlan "Saya belum membuat keputusan. Saya hendak menunggu tiga atau empat fakta (untuk pertimbangan). Saya akan fakskan kepada ibu pejabat parti sebelum jam 5 petang.

"Jadi saya ada (lebih kurang) lima jam lagi untuk (menunggu) tiga, empat maklumat untuk diambil kira," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari.

Jawatankuasa pemilihan yang diketuai ahli parlimen Pengakalan Chepa Datuk Abdul Halim Abd Rahman menetapkan jam 5 petang hari ini merupakan waktu akhir bagi semua calon yang layak untuk menghantar borang penerimaan pencalonan.

Nizar bagaimanapun dilihat berminat turut bersaing ke jawatan itu kerana menjadi kebiasaan bagi pemimpin PAS menolak pencalonan awal-awal lagi sekiranya tidak berminat.

Tindakan Nizar itu dilihat bagi menyusun percaturan dan membuat perkiraan terakhirnya, di samping melihat kekuatan lawannya buat masa ini.

Kencenderungan ketara

Selain dicalonkan jawatan naib, Mohamad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak turut dicalonkan bagi jawatan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 "Kedua-dua jawatan memberi ruang kepada rakyat (untuk menilai). Bagi jawatan naib, sudah tentu ia lebih (dilihat) terkehadapan bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat bergerak lebih bagus," katanya. 

Setakat ini seramai enam daripada 14 pemimpin PAS yang layak telah menyatakan kesediaan bertanding bagi jawatan naib presiden.

Mereka ialah dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah, dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan bendahari Mohd Hatta Ramli.

Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dua AJK pusat PAS Dr Mujahid Yusuf dan Mazlan Aliman serta ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Zawwawi Nik Salleh menarik diri bertanding jawatan itu.

NONE Manakala tiga lagi tokoh Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu menolak bertanding jawatan naib kerana mahu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Walaupun belum membuat keputusan rasmi, kecenderungan Nizar itu dilihat ketara apabila beliau sedia menceritakan agendanya sekiranya berjaya menang dalam perebutan jawatan penting itu.

"Dalam konteks Pakatan Rakyat, saya boleh memainkan peranan untuk bergandingan dengan naib presiden dalam parti lain dalam Pakatan untuk membawa arus perubahan," katanya.

Seimbang tapi sukar diramal

Menurutnya, beliau juga mahu membawa PAS sebagai sebuah parti yang diterima oleh semua kaum iaitu PAS untuk semua dan untuk memastikan bahawa Umno itu gagal berbuat demikian.

Sementara itu, pemerhati politik berpandangan, sekiranya Mohamad Nizar 'masuk gelanggang', peluang beliau dilihat seimbang dan akan mencetuskan pertembungan sengit dan sukar diramal.

azlan Berdepan dengan enam calon heavyweight , beliau bergantung sokongan daripada perwakilan dari Perak - antara negeri dengan perwakilan teramai.

Sebelum ini, karismatiknya dalam mempertahankan kerajaan negeri itu sebelum 'dirampas' menjadikannya  ahli jawatankuasa Pusat PAS yang paling popular dengan jumlah undi tertinggi.

Bagaimanapun, calon lain juga tidak kurang hebatnya. Husam misalnya, selain pengalaman dalam pentadbiran Kelantan pernah menjawat kerusi itu sebelum ini. Malah beliau dikatakan pemimpin kesayangan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mohd Amar dan Idris walaupun agak tertinggal dilihat masih boleh memberi saingan bagi mengisi "kouta ulama". Manakala Salahudin dan Mahfuz selain mempunya kelebihan sebagai penyandang tetap mendapat peluang menyinar sebagai anggota parlimen.

Seorang lagi calon, Dr Hatta lebih terkenal sebagai "pemimpin jalanan" apabila pernah mengetuai demonstrasi membantah ISA pada 2009 dan mempengerusikan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (PROTES).

ADS