• http://media1.malaysiakini.com/303/41d76e048518b333f17378d33337178c.gif
  • Subsidi dikaji jika minyak cecah lebih AS$110 setong
  • 1306397972
  • Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

    NONESemalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

    "Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

    Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

    Beliau berkata, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

    "Apabila kita (kerajaan) merancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga minyak antara AS$85 dan AS$90 setong.

    azlan"Sudah tentu jika (harga minyak) turun di bawah AS$100 setong, kerajaan berkemungkinan tidak melakukan apa-apa kerana kita boleh mencari cara untuk menanganinya. Tetapi jika melangkaui AS$110, barulah kita menimbangkan (beberapa langkah) kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi," katanya.

    Walaupun, rakyat boleh terus menikmati subsidi bahan api, Lim menasihatkan mereka supaya berhemat.

    Semasa ditanya sama ada terdapat kenaikan dalam kadar tarif elektrik, Lim berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan bermesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan isu tersebut.

    Mengenai tinjauan masa depan ekonomi Malaysia pada suku kedua, Lim yakin negara akan dapat mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada 4.6 peratus dengan peningkatan pelaburan langsung asing.

    - Bernama
    • Menteri: Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG
    • Khairy bantah harga RON95 naik 'dalam masa terdekat'
    • 'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'
    • 'Pemuda Umno ibarat kucing larang rakan makan ikan'
    • RON95: Zahid juga minta k'jaan kaji beban rakyat
    • Harga petrol RON95 disemak bulan depan
    • Keputusan semakan tarif elektrik diumum esok
    • Kenaikan harga bahan bakar mungkin lewatkan PRU
    • Pemuda Umno desak k'jaan jangan naik harga RON95
    • Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95
    • K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95