Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembaharuan ekonomi yang dijanjikannya dipersoalkan apabila kerajaan gagal mengurangkan subsidi bahan api yang dikhuatiri menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahaan.

NONE Keputusan Najib pada Rabu lalu untuk tidak mengurangkan subsidi adalah siri terbaru pusingan 'U' yang dibuat kerajaannya yang berusia dua tahun. Dalam usahanya menarik pelabur asing, sebelum ini, beliau berjanji akan memperbaharui ekonomi negara dan pada masa yang sama cuba menggembirakan pengundi.

Kerajaan juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah yang terus melambung akan memaksa kerajaan menyemak semula subsidi tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim semalam dipetik berkata Malaysia akan menyemak harga bahan bakar jika harga minyak mencecah dalam lingkungan US$110-US$120 setong.

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai implikasi politik dan ekonomi berhubung subsidi yang dijangka berganda kepada hampir RM21 bilion tahun ini kerana harga minyak yang tinggi.

Sejauh mana Najib serius mengurangkan subsidi?

Dalam ucapan terbaru, Najib menyifatkan subsidi bahan api sebagi ‘candu’ tetapi berhati-hati dalam tindakannya yang tidak mahu mengecewakan pengundi dengan harga yang tinggi. Pilihan raya umum mesti diadakan pada pertengahan 2013.

Sejak mengambil-alih tampuk kerajaan pada 2009, beliau telah menaikkan harga petrol RON95 secara berperingkat-peringkat daripada RM1.75 selitre kepada RM1.90.

Namun ia masih di bawah paras RM2.10 yang dicadangan oleh sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawab mengkaji sunsidi.

Najib juga telah dua kali menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melembutkan pendiriannya berhubung dasar afirmatif  yang mengutamakan penduduk majoriti Melayu.

Menurut penganalisis Najib bersedia melaksanakan perubahaan berkenaan tetapi hanya selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya umum akan datang.

Selama mana kerajaan boleh bertahan memberi subsidi?

Najib perlu memotong subsidi dan memperkenalkan cukai baru bagi mengurangkan defisit fiskal yang kini mencatatkan paras tertinggi dalam 20iaitu 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2009. Defisit pada 2010 adalah 5.6 peratusdan secara rasmi disasarkan pada 5.4 peratus tahun ini.

- Reuters

[Baca berita penuh]

ADS