Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan PAS: Calon diumum petang ini
Diterbitkan:  May 27, 2011 12:01 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd Rahman Harakahdaily melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu pada jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandangnya itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan yang hangat direbut adalah timbalan presiden. Ia bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak akan bertanding.

azlan Turut menjadi rebutan adalah jawatan naib presiden PAS. Mereka yang telah mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Husam dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada muktamar tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup semalam akan diumumkan petang ini.

ADS