Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz: PAS Pusat perlukan pemimpin Kelantan
Diterbitkan:  May 27, 2011 12:39 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran parti.

Justeru, beliau menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3 Jun depan.

pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium "Kelantan ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.

"Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu.

Mereka akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, - menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.

Nik Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih, beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri.

azlan Beliau bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu.

Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.

ADS