Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP hari ini mencabar kerajaan persekutuan pimpinan BN supaya menyah-rahsiakan perjanjian dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berhubung subsidi yang diberikan kepada mereka.

NONE Setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua ( kiri ) berkata tindakan berkenaan perlu bagi menjelaskan mengapa kerajaan enggan menstrukturkan semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat tersebut membuat keuntungan lumayan sehingga membebankan rakyat.

Awal minggu ini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas pembangkang yang terus mendesak kerajaan menghentikan subsidi kepada IPP dan Tenaga Nasional Bhd sebelum menarik balik subsidi rakyat yang membabitkan bahan api dan gula.

Chua mendakwa perkara itu tidak dapat dilakukan kerana kerajaan telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pengeluar tenanga sejak bertahun-tahun yang lalu dan ia hanya boleh dirundingkan semula apabila tempoh perjanjian tersebut berakhir.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02 "Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan dengan segera (hanya kerana) ikut kata DAP atau kata Anwar (Ibrahim) ," katanya pada sebuah sidang akhbar.

Merujuk kenyataan itu, Pua berkata tidak ada guna bagi beliau berhujah dengan Chua kerana tidak ada sesiapa di luar daripada jemaah menteri mempunyai akses kepada Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

"Saya sebaliknya cabar Chua bagi buktikan dakwaannya bahawa kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa selepas memeterai PPA dan menuntut supaya semua perjanjian itu dinyah-rahsiakan supaya rakyat boleh mengetahuinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata kerjaan juga perlu menjejaki precedent yang dibuat pada tahun 2009 dengan menyah-rahsiakan perjanjian konsesi lebuhraya.

[Baca berita penuh]

ADS