Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kawal guru agama: PAS tuntut Sarawak minta maaf
Diterbitkan:  May 29, 2011 10:34 AM
Dikemaskini: 2:43 AM

Tindakan Majlis Islam Sarawak yang didakwa mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung disifatkan sebagai “satu diskriminasi”  dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan golongan itu ke negeri bumi kenyalang, kata Dewan Pemuda PAS Sarawak.

 

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo ( kanan ) dalam kenyataan medianya berkata, PAS kesal dengan kenyataan menteri muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman yang seolah-olah menganggap guru agama dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.

“Sepatutnya beliau (menteri muda) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

“Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini,” katanya.

Semalam Daud dilaporkan berkata Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post .

Menurut Arifiriazul, kenyataan Daud itu disifatkan mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama ini adalah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

ADS