Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biasiswa JPA: MCA tubuh jawatankuasa
Diterbitkan:  Jun 3, 2011 9:55 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

MCA telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipertanggungjawab mengenal pasti garis panduan yang sesuai dalam menentukan pelajar-pelajar cemerlang yang layak untuk menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

chua soi lek pc mca hq 020611 Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan mantan Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn seterusnya akan mengemukakan garis panduan tersebut kepada kerajaan untuk digunapakai oleh JPA.

"(Pemilihan pelajar cemerlang) melalui satu proses yang telus, adil dan saksama dapat mengelakkan pertikaian oleh parti-parti pembangkang, kerana niat yang baik oleh kerajaan telah dipolitikkan oleh parti pembangkang dan dijadikan isu perkauman.

"Kami mahu beri ingatan kepada DAP, janganlah menjadikan isu tajaan kepada pelajar oleh kerajaan sebagai isu politik. Yang penting semua yang mencapai kecemerlangan 8A+ mendapat tajaan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat MCA di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa MCA telah gagal mengotakan janji apabila kerajaan tidak menganugerahkan 86 pelajar cemerlang tambahan biasiswa luar negara JPA, sebaliknya hanya akan ditempatkan di kolej swasta dan universiti tempatan.

Dr Chua berkata kerajaan telahpun menganugerahkan biasiswa JPA kepada 86 pelajar tersebut untuk menyambung pengajian dalam negara yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cina dan berharap DAP tidak terus mempolitikkan isu tersebut.

azlan "Ini bermakna bilangan kaum Cina yang menerima tajaan dari kerajaan tahun ini adalah 1,620 iaitu bilangan terbanyak sejak biasiswa tajaan JPA diperkenalkan," katanya.

Katanya, selain mengenal pasti garis panduan untuk membantu JPA, jawatankuasa tersebut juga akan mengenal pasti kursus-kursus kritikal yang dapat menampung permintaan sumber manusia negara dalam 10 tahun akan datang.

"Satu ketika dulu bidang perubatan dan farmasi dikenal pasti sebagai bidang kritikal tapi sekarang pada pendapat kami ia tidak lagi kritikal. Sudah sampai masa kita beralih dan kenal pasti kursus-kursus kritikal lain," katanya.

Katanya, jawatankuasa tersebut juga akan bertanggungjawab mengenal pasti universiti-universiti terkemuka dan terkenal luar negara untuk dihantar pelajar-pelajar tajaan JPA ke sana, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih

berkualiti.

- Bernama

ADS