Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Beri biasiswa, geran kepada pelajar terbaik SPM
Diterbitkan:  Jun 7, 2011 5:55 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

DAP menggesa kerajaan memastikan semua pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia diberi biasiswa untuk belajar di luar negara dan juga geran bagi belajar di dalam negeri.

NONE Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata langkah berkenaan perlu bagi memastikan biasiswa berkenaan diagihkan secara adil dan berasaskan merit.

Parti itu mengambil pendirian untuk menentang keputusan kerajaan memberi pampasan ke atas pelajar yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk belajar ke luar negeri, kata Lim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi juruwang kepada 500 geran bagi pelajar berkelayakan yang tidak mendapat biasiswa JPA untuk pelajar tempatan.

Lim berkata langkah berkenaan tidak sesuai kerana ia tidak menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengelakkan tenaga mahir daripada terus meninggalkan negara ini.

chua soi lek pc mca hq 020611 Dalam perkembangan berkaitan, Lim turut mengulas mengenai dakwaan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa Pulau Pinang mampu memberi biasiswa kepada pelajar yang ditolak oleh JPA.

Chua mendakwa, kerajaan Pulau Pinang mampu berbuat demikian kerana negeri berkenaan berjaya menarik jumlah pelaburan paling tinggi – RM12 bilion pada 2010.

“Jika MCA tidak boleh membezakan antara pelaburan domestik dan asing dengan hasil, maka MCA tidak layak menjadi sebahagian dari kerajaan.

“Pelaburan oleh sektor swasta dibelanjakan untuk menjana pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, bukan hasil untuk dibelanjakan oleh kerajaan.

“Mungkin semua pemimpin-pemimpin MCA harus menjalani satu kursus asas kewangan,” kata Lim yang merupakan seorang bekas akauntan bertauliah.

[Baca laporan penuh]

ADS