Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Awang: Melayu sertai Bersih dangkal berpolitik
Diterbitkan:  Jun 12, 2011 12:54 PM
Dikemaskini: Jun 13, 2011 12:46 AM

Kolumnis kontroversial Utusan, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai Bersih - yang akan mengadakan perhimpunannya 9 Julai depan - sebagai mereka yang dangkal berpolitik, kerana mendakwa faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain.

Menurutnya, pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu.

"Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain," tulis Awang Selamat dalam kolum 'Bisik-Bisik Mingguan' dalam Utusan Malaysia hari ini.

Lebih menimbulkan persoalan, tulisnya lagi, ialah perhimpunan itu didakwanya turut didalangi NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka.

"Penyertaan PAS lebih sekadar pak turut kerana golongan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas sudah menguasai parti itu.

"Timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau," tulis Awang Selamat.

Bagi PKR pula, katanya, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang.

"Orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar," tulis Awang yang mendakwa ia merupakan satu lagi peluang bagi mengalih masalah moral ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, Awang mencadangkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak hipokrasi agar berdiri di kiri dan kanan laluan, dengan membawa sepanduk skandal pemimpin pembangkang.

"Paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat. Merekalah yang sebenarnya perlu dibela jika kita mendokong budaya bersih.

"Apa juga yang mahu dipaparkan, paparkan sahaja atas nama bersih. Awang percaya, perhimpunan tersebut boleh sedikit sebanyak bertukar wajah dan akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang," tulisnya.

Awang turut mengimbas perhimpunan Bersih 2007 dan beberapa perhimpunan yang menurutnya, mencetuskan kekecohan.

ADS