Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: P'raya masjid wajar pohon perkenan Agong
Diterbitkan:  Jun 12, 2011 5:59 PM
Dikemaskini: Jun 13, 2011 12:39 AM

Kerajaan Pulau Pinang wajar memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum melaksanakan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid mengikut sistem pilihan raya umum.

    

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ( kiri ) berkata mengikut perlembagaan negara, segala hal yang berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja dan Sultan negeri masing-masing.

    

Beliau berkata dalam konteks pentadbiran di Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja, permasalahan berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

    

"Saya melihat dari sudut perlembagaan dan perundangan, kuasa Yang di-Pertuan Agong ini seolah-olah tidak dipatuhi dan cuba diingkari," katanya kepada pemberita di Yan hari ini.

    

Beliau mengulas mengenai isu kaedah pemilihan AJK Kariah Masjid di seluruh Pulau Pinang seperti yang diinginkan oleh kerajaan negeri itu dengan menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

    

Jamil Khir berkata keputusan kerajaan Pulau Pinang untuk menjalankan sistem pemilihan AJK Kariah Masjid mengikut ala pilihan raya berkemungkinan besar akan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam, khususnya dalam masjid.

    

Katanya perpecahan akan berlaku kerana timbul keraguan dalam isu untuk menentukan kawasan lingkungan bagi seseorang qariah masjid dan mekanisme yang digunakan untuk memperoleh senarai nama jemaah sesebuah masjid, yang bertindak sebagai pemilih dalam pilihan raya masjid itu.

    

Beliau berkata imam-imam masjid perlu bekerjasama menolak sistem pemilihan berdasarkan sistem pilihan raya itu kerana penjelasan yang terperinci diperlukan terlebih bagi memastikan kesahihan sistem berkenaan.

    

- Bernama

ADS