Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian Sarbani: Inkues bermula 4 Julai
Diterbitkan:  Jun 14, 2011 10:19 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Inkues bagi menyiasat kematian misteri penolong pengarah kanan Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua bulan lalu telah ditetapkan pada 4 hingga 15 Julai ini.

Tarikh itu ditetapkan di mahkamah majistret 3 di hadapan koroner Aizatul Akmar Maharani dan disahkan oleh pegawai polis yang bertugas di mahkamah Kuala Lumpur R Munusamy hari ini.

NONE Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Permohonan untuk mengadakan inkues itu dikemukakan mengikut Seksyen 399(1) Kanun Prosedur Jenayah, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]

ADS