Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketelusan faktor utama jadi ekonomi pendapatan tinggi
Diterbitkan:  Jun 14, 2011 7:24 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Malaysia mesti memberi tumpuan kepada ketelusan yang akan menjalinkan kreativiti dan pertumbuhan produktiviti dalam usaha menjadikan negara sebuah negara berpendapatan tinggi, kata pakar ekonomi terkemuka Prof Florencio Lopez de Silanes.

azlan "Apa yang kita tahu ialah negara-negara berkembang pesat yang menunjukkan prestasi baik dalam jangka panjang mempunyai satu set institusi yang telus dan menjalinkan kreativiti serta pertumbuhan produktif," kata Lopez de Silanes, profesor Kewangan EDHEC, Fakulti Perniagaan di Jabatan Perakaunan, Undang-undang dan Kewangan di Perancis memberitahu Bernama dalam satu temubual di Singapura.

Berpangkalan di Nice, Lopez de Silanes ialah antara tiga penyelidik terkemuka di dunia dalam ekonomi dan perniagaan sejak 10 tahun, demikian menurut Essential Science Indicators.

Lopez de Silanes juga berkata Malaysia mesti mempunyai institusi pendidikan yang kukuh kerana modal insan amat penting untuk menggerakkan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

- Bernama

ADS