Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebelum berhimpun, PAS mahu runding dulu
Diterbitkan:  Jun 15, 2011 1:26 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

PAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

NONE Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( kanan ) berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.

"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.

Dalam kenyataan medianya pertamanya setelah dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baru minggu lalu, Tuan Ibrahim mempertahankan perhimpunan BERSIH bulan depan yang mempunyai matlamat yang baik.

Ini kerana, katanya, sebarang penyelewengan dalam pilihan raya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan kalau tidak diatasi akan mengundang pemberontakan.

Biarkan provokasi

Sementara itu, beliau juga membidas tindakan Jabatan Pendafaran Selangor (JPN) yang didakwanya mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyifatkan perkara tersebut "bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata".

"Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat.

"Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai konspirasi bersama Umno/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3 Tuan Ibrahim juga kesal dengan polis yang didakwa membiarkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ( kiri ) membuat pelbagai kenyataan yang didakwanya boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

"Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 2.0 dapat dielakkan," katanya.

ADS