Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.


Yetian,

Ketika tingkatan 2, aku berkawan dengan Luo Yan. Suatu hari, beliau mengeluarkan kata-kata meninggalkan kesan mendalam padaku.

"Kalau kamu mahu sesuatu, lakukanlah yang terbaik. Jika tidak kamu akan jadi yang terburuk!"

NONE Beliau berkata demikian kerana aku tidak boleh bersama-rama rakan sekelas yang lain. Terlalu banyak salah faham.

Ketika itu aku belum matang dan gagal memahami kata-katanya.

Aku fikir dia maksudkan: "Kamu patut belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat nombor satu, atau kamu akan jadi manusia paling teruk.

Aku tersilap memahami nasihat itu. Aku fikir, disebabkan mustahil mendapat nombor satu dalam kelas, biar aku tinggalkan saja dunia pendidikan.

Keputusan itu ternyata menjadi kesalahan paling besar.

Sejak tingkatan 2 hingga merengkok dalam penjara ketika meniti umur 19 tahun, aku tidak pernah berfikir bagaimana untuk hidup. Aku tidak pernah fikir untuk meneruskan pengajian.

Ingatan kepada Luo Han

Bagaimanapun, melangkah saja ke gerigi besi ini, aku terkenang kembali pada peringatan Luo Han. Hatiku mengambang, aku membesar dengan kebijaksanaan.

death sentence Dan kerana itu, aku mula menekui ajaran Buddha.

Aku membaca beberapa perangkaan. Aku tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Harap kamu dapat menyemaknya untukku.

Laporan daripada Amerika menyebut, ramai banduan akhir mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Biasanya mereka yang mempunyai pengetahuan yang rendah terdorong melakukan kesalahan yang boleh digantung.

azlan (Nota: Laporan yang dirujuk Vui Kong dibuat oleh seorang pengkaji Amerika Syarikat. Ia merumuskan, banduan yang menghadapi hukuman mati tidak boleh dikelaskan mengikut bangsa atau umur, tetapi tahap pendidikan. Golongan berpendidikan rendah lebih mudah terdorong pada kesalahan itu.)

Aku anak muda yang memberontak, tanpa pendidikan cukup, tidak tahu menahu tentang hukuman bagi kesalahan yang berbeza-beza.

Aku terpedaya apabila percaya bahawa menyeludup dadah tidak membawa ke tali gantung. Itulah sebabnya aku terus melakukan kesalahan demi kesalahan.

Namun aku kira, masih tidak terlambat untuk mendampingi dunia pengetahuan, walaupun agak ketinggalan berbanding yang lain.

Memberontak makin memberontak

Sekarang aku tidak mahu lagi mengulangi kesalahan lama. Saban hari aku membaca buku dan mempelajari perkara-perkara baru seperti bahasa Inggeris. Dan aku terus bertafakur.

NONE Satu masa nanti, jika nasib menyebelahi, aku mungkin lepas daripada penjara dengan nyawa ini. Dengan ilmu di dada dan pandangan yang benar tentang dunia barulah aku dapat memulakan hidup baru.

Jika aku dapat menguasai bahawa Inggeris, akan kusebarkan kepada dunia tentang penderitaan akibat terlibat dengan najis dadah kepada seluruh manusia.

Sudah tentu, selain pendidikan di sekolah, tunjuk ajar daripada keluarga juga penting. Masa depan anak-anak sebenarnya dicipta daripada dalam rumahnya.

SS2 Yong Vui Kong 20100726 02 Terlalu disibukkan kerja juga boleh menyebabkan zuriat masing-masing mudah terjerumus dengan keadaan buruk.

Pengalammanku sendiri, oleh kerana semua sanak saudara sentiasa sibuk bekerja, aku terabai dan jiwaku memberontak. Jiwaku makin memberontak.

Yetian, aku juga ingin berkongsi sebuah kisah lain denganmu.

Di zaman India kuno, banduan yang menghadapi hukuman mati diberikan satu syarat: Jika dia dapat menjinjing semangkuk air dan berjalan dalam bulatan tanpa menumpahkannya, dia akan diampunkan.

Aku bawa nyawaku

Pesalah itu lantas bersetuju.

Berita pun tersebar dan ramai berpusu-pusu mengerumuni tempat itu. Mereka melihat tanahanya penuh lubang dan bergelombang.

Orang ramai pun mula bertempik: "Dalam tiga langkah saja air kamu akan tumpah! Sebaik membelok, air akan tumpah!"

NONE Orang tahanan itu bagaimanapun seolah-olah tidak mendengarnya. Dia mula berjalan dan berjalan dengan agak lama sebelum tiba kembali ke tempat asal tanpa setitis pun air yang tumpah.

Orang ramai sungguh teruja dan raja juga gembira. Si raja bertanya: "Bagaimana kamu berjaya melakukannya?

"Aku tidak membawa air, aku bawa nyawaku!" katanya.

Sekarang, aku lihat hidupku seperti semangkuk air. Jika seseorang itu beralah untuk belajar, dia seolah-olah mengaku kalah kepada kehidupan.

Kehidupan adalah pendidikan dan pendidikan adalah kehidupan. Kedua-duanya terjalin kukuh. Kenapa kamu tidak pedulikannya? Kenapa?

Ikhlas

Vui Kong


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Remaja itu dijadual digantung tiga minggu lagi kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

ADS