Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan persekutuan yakin sebahagian besar penggodam yang menyerang laman web kerajaan dan agensinya dilakukan oleh rakyat tempatan.

NONE Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan.

"Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya daripada jumlah 200 laman web di negara ini yang diserang sejak tengah malam Rabu lalu, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya.

Dakwa Ongkili lagi sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan.

NONE Katanya, polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.

Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak.

Sebelum ini, sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous' memberi amaran akan menyerang laman web kerajaan Malaysia dan agensinya sebagai  membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

hacked malaysia government Ongkili juga meminta rakyat supaya menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.

"Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber itu sendiri," katanya yang tidak mahu mengesahkan sama ada kabinet telah memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah berkenaan.

Sementara itu, SKMM dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengesan penurunan gangguan rangkaian yang disebabkan oleh serangan siber terhadap laman web.

azlan “Gangguan berlaku mungkin disebabkan oleh serangan atau langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan serangan.

“Setakat jam 4.00 petang tadi, 86 peratus daripada laman-laman sesawang yang mengalami gangguan telah dipulihkan,” petik kenyataan itu.

Menurut SKMM meskipun serangan siber dalam masa 24 jam yang lalu berkurangan, pihaknya

masih memantau situasi ini dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain bagi meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

[Baca berita penuh]

ADS