Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LID: Dr M minta Airasia ke Afrika, Mugabe tiba
Diterbitkan:  Jun 18, 2011 1:41 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan syarikat tambang murah seperti AirAsia melihat secara serius untuk mengadakan penerbangan ke Afrika dalam usaha memudahkan pelancong serta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.

tony fernandez and airasia Beliau berkata pada masa ini, kekurangan laluan seumpama itu membataskan usaha meningkatkan hubungan antara Malaysia dan negara-negara Afrika, walaupun benua itu mempunyai potensi ekonomi yang masih banyak belum diterokai.

Dalam reaksi segera kepada permintaan Dr Mahathir pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika pagi Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes memberitahu Bernama bahawa perkara itu boleh menjadi kenyataan.

"Azran (Osman Rani, ketua eksekutif Airasia X's) dan pasukannya melihat kepada Mesir dan Luanda (Angola) serta Nairobi (Kenya)," katanya melalui SMS.

Mugabe tiba

langkawi international dialogue 060807 mugabe Dalam pada itu, Presiden Zimbabwe Robert Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya.

Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID.

Pemimpin-pemimpin atau wakil pemimpin dari 16 negara akan menghadiri LID kali ini yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan merupakan kali pertama diadakan di luar Langkawi.

- Bernama

ADS