• Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan
  • Hazlan Zakaria
  • 1308488400
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

    pkr election confeb anwar speakingAnwar yang juga ketua umum PKR berkata beliau akan meminta
    Ambiga membatalkan perhimpunan itu jika Najib boleh memberi jaminan tersebut esok.

    Beliau memberitahu demikian ketika berucap kepada lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri konvensyen parti di Shah Alam hari ini.

    Konvensyen itu bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan jentera pilihan raya peringkat akar umbi parti itu yang kebanyakannya hadir di majlis tersebut.

    Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata rejim BN tidak berani membenarkan pilihan raya bebas dan adil kerana parti itu sedar ia tidak lagi mendapat sokongan pengundi dan dengan itu perlu mengambil jalan keluar dengan cara kotor untuk mengekalkan kuasa.

    Bagaimanapun, Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, dalam reaksinya, menegur Anwar kerana mengambil peranannya.

    pkr election confeb generalSecara berseloroh, beliau berkata, ianya bukan terpulang kepada
    Anwar untuk membuat keputusan tersebut.

    "Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya kepada pemberita sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam ini.

    Ambiga: 'Ini bukan soal saya'

    Ambiga (kanan) juga menafikan dakwaan yang dibuat oleh PERKASA ketika pelancaran anti perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur petang tadi.

    ngo pro selangor government rally 230111 ambiga"BERSIH bukan mengenai individu. Ia bukan tentang diri saya,"
    katanya sambil menambah beliau tidak mahu menjawab serangan PERKASA terhadap dirinya.

    Katanya, beliau tidak akan bertindak balas terhadap PERKASA atau membuat laporan polis terhadap kumpulan tersebut yang membakar gambarnya dan membuat ancaman terhadapnya ketika pelancaran perhimpunan anti-BERSIH.

    "Pilihan raya yang bebas dan adil adalah mesej kami, dan cara kita adalah aman. Jika berlaku keganasan pada hari tersebut, ianya bukan dari pihak kami," tegasnya.

    [Baca berita penuh]

    • Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan
    • Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan
    • Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai
    • TPM: Himpunan BERSIH untuk tumbangkan BN
    • 'ISA tak kendurkan semangat BERSIH'
    • Rais: Serangan siber ada kaitan dengan BERSIH
    • Mubarak: Cekup penganjur BERSIH bawah ISA
    • Demo Pemuda Umno dialu-alukan
    • Pemuda Umno juga mahu berhimpun pada 9 Julai
    • TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat
    • BERSIH: Pemuda PAS hantar memo pada Suhakam
    • BERSIH: Amaran polis buat tangkapan pencegahan
    • Dewan Rakyat tolak usul bantah himpunan BERSIH
    • Sebelum berhimpun, PAS mahu runding dulu
    • Perhimpunan BERSIH: Menteri serah pada polis
    • Umno: Ini bukan BERSIH, tapi kotor
    • Gelaran 'dangkal' pulang pada Awang Selamat
    • Pemuda PAS: Kerahan PERKASA ancaman serius
    • Ambiga tak gentar ugutan Ibrahim Ali
    • 36 laporan polis bantah BERSIH
    • BERSIH 2.0: PERKASA lawan habis-habisan
    • Awang: Melayu sertai Bersih dangkal berpolitik
    • Demo BERSIH gentarkan pemandu teksi
    • NGO buat laporan polis bantah BERSIH
    • Pemimpin Gerakan akan hadir perhimpunan BERSIH