Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malabar serang Melayu maklumat palsu
Diterbitkan:  Jun 20, 2011 3:28 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.

NONE Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.

"Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Sehubungan itu, Tun Hisan ( kanan ) memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.

Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya.

--Bernama

ADS