Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau kesal kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan berhubung penganugerahan kontrak untuk membangunkan satu pusat komersil di tapak Penjara Pudu.

nur jazlan mohamed 071008 03 Katanya, dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau dan lembaga pengarah UDA Holdings itu dibuat secara melulu kerana tender berkenaan masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tuntutan yang disuarakan sekumpulan pemimpin Umno sebelum ini supaya UDA Holdings mendedahkan senarai kontraktor bumiputera yang mendapat tender berkenaan.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun tak boleh siasat tuduhan yang dibuat secara melulu tanpa laporan.

"Keputusan terakhir akan dibuat oleh kementerian kewangan. Lembaga pengarah (UDA Holdings) hanya cadangkan nama (kontraktor) sahaja," katanya lagi dalam satu sidang media berkenaan.

Agenda baru

Tambahnya, tidak menjadi soal sekiranya kontraktor utama bagi projek berkenaan merupakan kontraktor bumiputera atau tidak.

"Agenda bumiputera pada hari ini bukanlah agenda lama, bukan berdasarkan pada pemberian (hand-out) tapi agenda kelangsungan (survival) ," katanya lagi.

Apa yang penting, golongan subkontraktor dan pembekal bumiputera yang berkemampuan akan mendapat keuntungan daripada projek berkenaan, katanya lagi.

Beliau memberi contoh, projek berkenaan mungkin akan menelan kos sehingga RM3 bilion.

"Tapi kalau pecah sepuluh, akan dapat RM300 juta (untuk setiap subkontraktor)," katanya lagi di pejabat UDA Holdings, Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau memberikan taklimat kepada satu delegasi Pemuda Umno, diketuai ketua pergerakan berkenaan Khairy Jamaluddin, berhubung isu pembangunan tanah untuk projek Bukit Bintang Commercial Centre itu.

Komitmen UDA Holding

Khairy dalam sidang media sama berkata, pergerakan itu berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan UDA Holdings berhubung rancangan untuk menjaga agenda bumiputera dalam projek berkenaan.

Katanya lagi, Pemuda Umno turut berpuas hati dengan komitmen UDA bagi membantu agenda bumiputera "dalam kekangan aliran tunai" yang dihadapi syarikat berkenaan pada hari ini.

"Dari segi pembangunan kompleks peniaga dan dari segi perolehan mereka sendiri dan juga kontraktor yang diletakkan oleh mereka, sebahagian besar, hampir 90 peratus adalah kontraktor bumiputera.

"Saya harap mereka yang terus kritik UDA ini boleh berpijak atas bumi," kata Khairy lagi yang menambah Pemuda Umno akan terus memantau pemberian kontrak berkenaan.

ADS