Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, pengurusan kewangan yang lemah boleh membawa kerajaan lebih berbelanja sebanyak 15 peratus tahun ini.

NONE Katanya, belanjawan tambahan pertama sebanyak RM13.2 bilion daripada keseluruhan RM162.8 bilion sekarang sudah mewakili 8.2 peratus.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu berkata, ia merupakan trend yang membimbangkan apabila belanjawan tambahan hanya meliputi 3 bulan sahaja.

Justeru, katanya tidak mustahil sehingga hujung tahun ini, ia akan mencecah sehingga 15 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) untuk bacaan kedua hari ini, memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

Anwar, bekas menteri kewangan, menegaskan negara ini tidak mampu meletakkan masa depannya kepada rancangan perbelanjaan kewangan yagn tidak tepat bagi menghadapi peningkatan hutan negara, yang kini 54 peratus daripada keluaran negara kasar.

Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan mesti belajar daripada negara lain yang menghadapi kegagalan kerana pengurusan cuai dan berlaku manipulasi penanda ekonomi, seperti Greece.

[Baca berita penuh]

ADS