Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Facebook RM1.8 juta: Ng jemput SPRM siasat
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 6:39 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kementerian Pelancongan mempersilakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbelanjaan peruntukan RM1.8 juta kementerian itu bagi mewujud, mengurus dan memantau kempen serta promosi pelancongan Malaysia menerusi laman web sosial .

ng yen yen pc parliament 160611 03 Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata beliau memang mengalu-alukan sekiranya SPRM mahu menjalankan siasatan terperinci berhubung kes terbabit.

"Malah, saya sendiri sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng, menghubungi dan 'menjemput' SPRM, semalam (kelmarin) untuk menjalankan siasatan kerana kami memang telus dan tiada apa yang mahu sembunyikan.

"Pada masa sama, kementerian akan terus menggunakan strategi pemasaran baru (media sosial seperti Facebook and Google). Ini perlu kerana kami bertanggungjawab menjayakan sektor pelancongan negara," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Ng, beliau kecewa dan terguris dengan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini, terutama pembangkang yang menuduh Kementerian Pelancongan membazirkan peruntukan RM1.8 juta untuk semata-mata mewujud, membina dan menguruskan Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.

NONE Beliau mengulangi bahawa peruntukan itu juga untuk kempen laman sosial di Facebook dan Google, termasuk bayaran RM360,000 untuk pengiklanan dan lebih RM500,000 bagi hadiah pertandingan yang dianjurkan.

Baru-baru ini, media melaporkan petikan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, memberitahu Dewan Rakyat kementeriannya membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook, termasuk perbelanjaan pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.

Ng berkata, beliau komited untuk mempelbagaikan saluran bagi promosi pelancongan daripada hanya bergantung pada media tradisional iaitu media cetak dan elektronik.

"Terdapat 700 juta orang aktif dalam media sosial, dan jika anda tidak percaya bahawa media sosial boleh meningkatkan pemasaran dengan itu anda tidak tergolong dalam masyarakat masa kini,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS