Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 51 peratus tak bayar balik pinjaman PTPTN
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 6:45 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.45 bilion iaitu daripada 48.56 peratus peminjam.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata PTPN sepatutnya menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 booths "Setakat ini kita berjaya dapatkan balik bayaran sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja dan sepatutnya kita perlu dapat pulangan berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar-pelajar yang telah tamat belajar," katanya selepas majlis penyampaian komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di Sungai Petani, hari ini.

Menurutnya, PTPTN mengeluarkan pinjaman berjumlah RM25.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 30 April tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar yang tamat belajar dan bekerja supaya membayar balik bayaran pinjaman mereka kepada PTPTN bagi memudahkan urusan perbadanan untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicants Tajul juga berkata, pihak PTPTN akan melayan sepenuhnya permohonan yang dibuat untuk mendapatkan sambungan pinjaman sekiranya pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0.

Sebelum ini, beliau dilapor berkata PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik.

 - Bernama

ADS