Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Usul bincang laman web k'jaan kena godam ditolak
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 7:11 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan isu beberapa laman web kerajaan dan agensinya yang digodam dan diserang oleh kumpulan yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.pihak tidak bertanggungjawab.

NONE Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

"Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa bagi persoalan sama ada ia perkara tertentu, perkara ini pada pendapat saya adalah tertentu, sama ada ianya berkepentingan orang ramai, pada saya ia berkepentingan orang ramai, sama ada ia berkehendakkan disegerakan, pendapat saya ialah perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya.

Dalam usulnya sebelum itu, Salahuddin membawa hujah sehingga ke hari ini, dilaporkan sudah hampir 51 laman web rasmi milik kerajaan telah digodam selepas satu kumpulan bergelar ‘Anonymous’ yang berpangkalan di luar negara mengancam menyerang portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

NONE Katanya, beliau bimbang sekiranya serangan DDos (Distributed Denial-of-Service) itu juga boleh memberi kesan besar jika penggodam mensasarkan sektor keselamatan dan perbankan negara.

"Perkara ini suatu yang amat serius dalam negara berdepan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan negara," katanya.

ADS