Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penganjur himpunan 9 Julai dipanggil ke Bkt Aman

Tiga kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, telah dipanggil ke ibupejabat polis di Bukit Aman hari ini,

kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONE Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata wakil kumpulan berkenaan dipanggil kerana mereka mahu

mengadakan aktiviti mereka tanpa permit polis.

Tiga kumpulan tersebut ialah BERISH 2.0, PERKASA dan Pemuda Umno.

Katanya, mereka dipanggil kerana walaupun pihak polis mengatakan permit tidak akan dikeluarkan tetapi kenyataan PERKASA, Pemuda

Umno dan BERSIH membayangkan mereka mahu meneruskan juga dengan perhimpunan masing-masing.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan memberikan butiran mengenai apa yang akan berlaku bila wakil kumpulan tersebut sampai di Bukit

Aman.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika dihubungi, berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.

[Berita lanjut menyusul]

ADS