Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penghujahan kes rasuah Khir Toyo - 13 Julai
Diterbitkan:  Jun 22, 2011 4:06 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Pihak pendakwaan hari ini mengakhiri kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa melakukan rasuah berhubung pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam empat tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki selepas saksi ke-25 pendakwaan, pemangku penguasa kanan Chang Ching daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai memberi keterangan.

Selepas perbicaraan bermula 6 Jun lalu, hakim Mohtaruddin kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd,  Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

ADS