Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC diminta siasat untung 1MDB yang mencurigakan
Diterbitkan:  Jun 22, 2011 6:21 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) bagi menyiasat transaksi dan pendapatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa mencurigakan.

NONE Anwar berkata beliau telah menyampaikan permintaannya kepada PAC menerusi sepucuk surat menjelaskan perkara itu yang ditimbulkan dalam laporan audit oleh firma antarabangsa KPMG.

Antara lain, katanya, PAC mesti menyiasat sama ada 1MDB mengeluarkan bon yang disokong oleh kerajaan untuk membiayai pelaburan RM3.5 bilion dalam 1MDB PetroSaudi Ltd.

Menurut Anwar PAC juga harus menyiasat keputusan 1MDB untuk mempelbagaikan pelaburannya dalam saham 1MDB PetroSaudi Ltd dalam tempoh hanya lima bulan dengan hanya modal RM4.1 bilion dan membawa pulangan keuntungan RM615 juta.

“Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6 peratus atau 42 peratus berdasarkan kadar pulangan tahunan. Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah,” katanya.

Menurut Anwar PAC perlu menyiasat segera kerana 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan.

NONE “Difahamkan bon sehingga RM15 bilion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta,” katanya.

Selain itu, siasatan perlu disegerakan kata Anwar kerana 1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

“Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur.

“Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini,” katanya.   

[Baca berita penuh]

ADS