Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPN: Saya pantau demo ini
Diterbitkan:  Jun 25, 2011 5:55 PM
Dikemaskini: 3:27 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar terus mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.

NONE Beliau berkata orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.

"Saya lihat perhimpunan ini boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri majlis penutupan program pembangunan kemahiran wanita dan bengkel kelangsungan hidup di bandar raya yang disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Yayasan Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini.

--Bernama

ADS