Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 KP JKR: Biar JPA selesaikan, kata menteri
Diterbitkan:  Jun 25, 2011 10:54 PM
Dikemaskini: 3:21 PM

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor meminta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan tugas mereka seperti biasa tanpa memikirkan isu pelantikan ketua pengarah jabatan itu.

Beliau berkata mereka perlu membiarkan isu berkenaan diselesaikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

shaziman 230611 "Saya dapati operasi JKR berjalan lancar dan saya yakin isu itu dapat diselesaikan oleh pihak JPA dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kementerian Kerja Raya Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Shaziman berkata beliau yakin kontroversi itu dapat diselesaikan kerana sistem perkhidmatan awam negara memiliki tata cara tersendiri.

Semalam, Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata pelan penyelesaian yang dirangka dijangka mampu menangani isu berkenaan jika ia diterima pihak terbabit.

NONE Kemelut pelantikan jawatan itu timbul apabila bekas Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Judin Abdul Karim ( kiri ), yang dipinjam bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, enggan mengosongkan biliknya meskipun pengganti beliau Datuk Mohd Noor Yaacob mula bertugas.

Pada karnival itu, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori masakan terbanyak disiapkan dalam satu masa.

Pengerusi Puspanita Kementerian Kerja Raya Datin Mary Thomas berkata seramai 3,000 warga kementerian menyediakan 1,000 jenis masakan dalam "Sajian 1Malaysia"

"Juadah masakan ini dijual pada harga antara RM1 hingga RM2, dan hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Bencana Negara," katanya.

Antara juadah Sajian 1Malaysia ialah Shanghai Style Chicken, Sheredded Chicken with Pandan Leaves, Steam Plain Chicken, Lam Varuval Stir Fried, Kofta, Kheema, Thenga Sadam, Nasi Beriani Ayam, Nasi Badam, Nasi Ayam Masala dan Nasi Ayam Madu.

--Bernama

ADS