Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berlaku 'pertikaman lidah' kecil di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur antara peguam menantu ketua menteri Sarawak Datin Seri Shahnaz Abdul Majid berhubung tuntutan mutaah dengan peguam bekas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

NONE Insiden itu berlaku apabila peguam Dr Mohd Rafie Shafie yang mewakili Shahnaz sebagai plaintif mendakwa pihaknya telah

membekalkan dokumen dan afidavit lengkap kepada defenden berhubung permohonan tersebut pada 22 Jun lalu ke rumah Mahmud Abu Bekir.

Pihaknya juga berkata mahkamah telah mengeluarkan perintah sebelah pihak (interim ex-parte) pada 9 Mei lalu, yang mengarahkan Mahmud "menzahirkan dokumen-dokumen keseluruhan harta" di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun Dr Rafie mendakwa afidavit dan dokumen tersebut disampaikan kepada orang gaji kerana Mahmud Abu Bekir didakwa enggan menerima dan mengarahkan pembantu rumahnya menerima dokumen tersebut.

Susulan itu, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - yang mewakili Mahmud - berhujah bahawa anak guamnya menafikan perkara tersebut dengan mendakwa defenden "tidak pernah menerima apa-apa perintah".

"Pada 22 Jun, defenden (Mahmud) ada di rumah," katanya.

Menurutnya lagi, penyerahan dokumen perlu selaras dengan seksyen 41 Akta Tatacara Mal yang mana ia perlu disampaikan sendiri oleh pihak plantif dan menyifatkan penyerahan kepada pembantu rumah "bukan satu penyampaian yang sempurna".

Tuntutan mutaah yang dipohon oleh  Shahnaz adalah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM300 juta terhadap Mahmud yang juga ahli perniagaan.

Beliau juga berhujah supaya pihak plaintif mengemukakan "butir-butir yang mencukupi" berhubung permohonan maklumat tentang aset Mahmud berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Tatacara Mal.

Berhujah mengenai permohonan sebelah pihak (interim ex-parte) Zainul Rijal mendakwa perkara tersebut "tidak berada dalam pengetahuan defenden" dan tarikh ia dikeluarkan telah melebihi 30 hari daripada ia dikuatkuasakan.

NONE "(Perintah itu) tidak pernah diserahkan kepada pihak defenden," katanya sambil memohon kepada mahkamah supaya plaintif menyerahkan dokumen itu kepada defenden.

Kemudian Saadiah mencelah bahawa sejak awal beliau mengendalikan kes anakguamnya, ini kali pertama beliau mengetahui tentang kewujudan permohonan sebelah pihak itu.

Kemudian, Dr Mohd Rafie bangun dan pihaknya tidak mempunyai

salinan lebih tersebut dan memohon kepada mahkamah pihaknya defendan mendapatnya selepas itu di pejabat pendaftar.

Bagaimanapun, Saadiah memohon kepada mahkamah agar plantif menyerahkan semua dokumen yang berkaitankepadanya untuk dijawab.

Sehubungan itu, Mohamad memerintahkan dokumen itu diserahkan sebelum kes itu didengar semula pada 9 Ogos depan.

 

ADS