Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Galeri Foto

Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR.

NONE Dalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai.

Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari.

Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan.

NONE Ketika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka.

Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu.

Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 kerana 'menyusahkan saya' dan RM0.99 nilai Saifuddin.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasution Beliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar dan Pemuda Umno tahu bangunan bukan milik PKR.

"Bangunan ini milik Datuk Soh Che Wen. Beliau sekarang ini belaga angin dengan Datuk Seri Anwar.

"Takkan kita nak bakar bangunan yang dimiliki musuh Anwar. Musuh Anwar kawan kita," tegasnya lagi.

Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Katanya, beliau ada mendengar ucapan, tetapi tiada seorang pun yang berkata hendak bakar pejabat PKR.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Reezal menyifatkan tindakan AMK melaungkan perkataan "mamak Marican" merupakan satu penghinaan kepadanya.

Sedangkan, katanya, beliau hadir bersama dengan rakan-rakannya untuk membuat laporan polis dengan aman sebagai hak rakyat Malaysia.

VIDEO | 6.33 min

 

ADS