Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
8 termasuk Ezam dibebaskan
Diterbitkan:  Jul 2, 2011 9:46 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Polis Pulau Pinang hari ini membebaskan lapan individu termasuk Senator Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi haram di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown, semalam.

NONE Bernama memetik Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, semua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam semalam hingga hari ini.

“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA ) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

NONE Semua mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan haram dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di Geogetown.

Perarakan yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

ADS