Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO buat laporan polis dakwa twitter hina Agong
Diterbitkan:  Jul 4, 2011 8:56 PM
Dikemaskini: Jul 5, 2011 1:11 AM

Satu laporan polis hari ini dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan, 1Agenda, ke atas dua pemilik akaun laman sosial twitter kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

    

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha mendakwa 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berikutan Titah Khas Seri Paduka yang menyentuh mengenai isu perhimpunan 9 Julai.

    

NONE "Mereka biadab kerana beranggapan buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong... ini adalah penghinaan besar kepada rakyat Malaysia kerana Agong merupakan ketua umat Islam dan Ketua Negara.

    

"Saya menyeru pemilik-pemilik akaun ini diheret ke muka pengadilan, (kerana) perbuatan ini sudah diatur apabila mereka mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat yang tolak perhimpunan haram itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di ibunegara hari ini.

    

Semalam, Seri Paduka dalam Titah Khas telah mengingatkan bahawa dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara.

    

Seri Paduka turut bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan dalam negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan oleh semua pihak.

    

Bagaimanapun, Zul Azhar berkata hasrat murni Seri  Paduka untuk melihat kesejahteraan rakyat telah dicalarkan oleh tindakan dua pemilik akaun tersebut yang secara terang-terangan mempersoalkan titah Seri Paduka.

Beliau menegaskan perbuatan biadab pihak-pihak ini telah memberi satu petunjuk bagaimana penganjur perhimpunan haram sanggup melakukan apa saja termasuk menghina agama, bangsa dan negara bagi memenuhi hasrat mereka.

ADS