Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak polis menolak usaha kali ketiga peguam untuk mendapatkan akses kepada enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan bawah Ordinan Darurat 1969.

scah ipcmc talk 181207 edmund bon Peguam Edmund Bon memberitahu Malaysiakini pagi ini bahawa polis menolak permohonan mereka untuk bertemu kesemua yang ditahan hari ini.

"Polis menolak lawatan kami pada jam 2.30 petang hari ini," katanya melalui SMS.

Bon mengesahkan bahawa kumpulan peguam akan memfailkan permohonan habeas corpus esok supaya tahanan dibebaskan, meski pun gagal mendapatkan tandangangan mereka untuk afidavit.

Barisan peguam itu akan menemui anggota keluarga mereka untuk memfailkan afidavit untuk permohonan itu, yang mana boleh dicabar kerajaan di mahkamah.

[Baca berita penuh]

ADS