Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Pendapat umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih berada pada tahap rendah dan atas sebab itu pelaksanaannya akan ditanggunguhkan lebih lama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

NONE Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan.

"Malah jika kerajaan membuat keputusan hari ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum sistem itu berjalan kerana semua pengusaha perlu menukar sistem mereka, dan undang-undang kawalan harga perlu dimansuhkan.

"Jadi, jangan jangka ia dilaksanakan secepat mungkin. Ia tidak akan berlaku esok,” katanya.

Berdasarkan tempoh lama yang diperlukan sebelum GST boleh dilaksanakan, besar kemungkinan ia tidak akan diperkenalkan  sebelum pilihan raya ke-13 yang perlu diadakan paling lewat pada awal 2013.

[Baca berita penuh]

ADS