Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mahu guna kemahiran penggodam siber
Diterbitkan:  Jul 5, 2011 7:00 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

NONE Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.

Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.

"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.

"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di Putrajaya hari ini.

- Bernama

ADS