Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelbagai reaksi warga internet
Diterbitkan:  Jul 5, 2011 7:00 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Keputusan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Sabtu ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini mendapat reaksi berbeza daripada pengguna internet.

Walaupun rata-rata bersetuju, terdapat juga yang secara sinis beranggapan tempat sebegitu tidak sesuai kerana mungkin tidak dapat memuatkan jumlah kehadiran yang dijangka ramai.

Berikut sebahagian reaksi terhadap laporan Malaysiakini berhubung keputusan terbaru BERSIH yang dipilih secara rawak daripada komen pengguna Facebook:

Syed Syafiq

BERSIH 2.0 dah bertolak ansur. Pakcik Hisam... sila letakkan logo halal kembali pada BERSIH. Bebaskan semua tahanan bersih. Berhenti menahan orang yang membawa baju BERSIH. Pakcik Najib, sekarang giliran kamu laksanakan lapan tuntutan BERSIH.

Firdaus Rosli

Lebih banyak sebab untuk turun BERSIH! Juga mungkin boleh dibuka kepada warga Sabah & Sarawak di stadium masing-masing.

Cahaya Jati

Daulat Tuanku... DYMM Tuanku pun boleh buka pintu untuk runding... Ini barulah leadership by example (kepimpinan melalui teladan)... Daulat Tuanku.

Putera Gt

Ha... itu dah boleh masuk ke dalam istana jumpa Agong bawalah sekali memorandum itu serah sendiri... yang nak gila berdemo ramai-ramai itu apa pasal... Kata tujuan nak serah memo, jadi gunakan peluang ini. Pihak Malaysiakini janganlah padam komen-komen aku. Boleh kan.

Abun Sui Anyit

Ampun Tuanku. Sembah patik mohon diampun. Menjunjung Kasih ke atas penyelesaian ketegangan dalam negara Malaysia kini. Menjunjung kasih jua kerana memperkenankan perhimpunan BERSIH yang dirancang pada 9/7/2011 ini. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Suara Dari Bumi

Kau orang nak tunggang terbalik stadium kat selangor itu lantak kau orang... Selamat menyalak....

Azrin Ren

MUNGKIN tak seghairah perhimpunan di tepi jalan. Dok tercongok dalam stadium, mu tengok aku aku tengok mu. Mengundang boring. Mungkin diisi dengan ucapan-ucapan. Kalau setakat ucapan-ucapan begitu rasanya baik tunggu rakaman sajalah kot.

Kalau berarak, ada jugak keluar peluh bereksesais (bersenaman). Jadi berhimpun di stadium rasanya tidak mencapai public awareness pasal tuntutan BERSIH. Kalau buat kat stadium kena ada liputan khas media perdana rasanya baru OK.

Lie Gj Penang

Apa pun turun dulu. 500K mana cukup dalam stadium! Cornfirm kena dok tepi jalan juga.

Ayu Nasha

Stadium seluruh Malaysia... kecuali stadium yang runtuh di Terengganu itu boleh jadi tempat BERSIH.

Luqman Al Fudail

Stadium Bukit Jalil pun tak muat ini.

ADS