Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin bidas penganjur BERSIH 2.0
Diterbitkan:  Jul 7, 2011 4:43 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas penganjur perhimpunan 9 Julai kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walaupun kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan di situ.

NONE Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium.

"Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi lagi...nak lawan tak habis-habis, tiada niat baik dan sikap bertolak ansur. Apa yang saya lihat, tiada keikhlasan.

"Ini semua untuk provoke dan menimbulkan perasaan kebencian. Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan (jalanan) haram. Rakyat rasa lega dan selamat.

"(Tapi) saya dengar laporan tidak rasmi, mereka akan berarak dari satu penjuru alam ke satu penjuru alam nak menuju ke tempat itu. Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi...itu saya serah kepada polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga hari ini.

- Bernama

ADS