Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Permohonan permit PERKASA ditolak
Diterbitkan:  Jul 8, 2011 11:22 AM
Dikemaskini: 5:00 AM

Permohonan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak.

NONE Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.

Ini kerana, menurut beliau, stadium itu telah ditempah oleh satu pertubuhan sukan yang akan menganjurkan satu acara sukan pada 9 dan 10 Julai ini.

"Pemohon telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mereka akur tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan di lokasi tersebut,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di satu stadium akan diteruskan kerana BERSIH 2.0 juga merancang untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

[Baca berita penuh]

ADS